(Info) Kegunaan dan Khasiat Daun Pandan Yang Ramai Tak Tahu

Pagi ini saya sarapan nasi lemak ikan aye. Bau daun pandan yang harum buat jadi berselera. Memasak nasi lemak tanpa daun pandan memang kurang sedap rasanya.

(Info) Kegunaan dan Khasiat Daun Pandan


Daun pandan merupakan tumbuhan herba berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan.
Sebenarnya banyak kegunaan daun pandan dalam masakan. Di antaranya ialah :

1. Makanan tidak cepat basi
2. Melembutkan daging
3. Sebagai pewarna asli dan pewangi
4. Boleh digunakan sebagai pembalut makanan.

Di percayai di antara khasiat daun pandan secara tradisional untuk kesihatan :

1. Membantu menurunkan darah tinggi
Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan dua gelas air, kemudian didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas sahaja. Setelah itu, biarkan ia sejuk dan minum airnya seperti biasa. Cara ini dapat membantu menurunkan darah tinggi dalam badan.

2. Mematikan kuman dalam darah
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh menjadi lebih sihat dan segar.

3. Mengecutkan rahim
Akar pokok pandan direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Ia dilakukan secara berterusan setiap hari selama 40 hari untuk mengecutkan rahim selepas bersalin.

4. Membantu menyembuhkan sakit pada pangkal paha, sakit tulang atau kejang urat.
Daun pandan dapat membantu menyembuhkan sakit pada pangkal paha, tulang atau kekejangan urat.

Caranya adalah dengan menggunakan 5 helai daun pandan, 20 helai daun sirih dan 1 sudu besar minyak kayu putih. Campurkan kesemua bahan tersebut, kemudian tumbuk supaya hancur dan lumurkan pada bahagian yang sakit.

SuzyHoney
Segar bau daun pandan

Comments